klo tengok kat sni....kambing pn bley jinak ngan bismillah....banyak btul keajaiban dlm ayat bismillah....blom lagi ayat quran....ni ade satu cite mngenai sbutan bismillah...
Kisah 1
Ada seorang perempuan
tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu
mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu
sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia
hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil
mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak
berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan
hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti
akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu
yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya
dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan
menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu
mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.
Setelah beberapa hari
kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku
wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian
isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya
dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka
dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T.
menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan
duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat
suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya,
ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga
membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja....
ok..lpas ni klo nak
klik mner2 page sbut la bismillah ye...hehehe