Wednesday, October 19, 2011

Cara nak dapatkan balik Komputer yang Hilang

Salam smua...kat sini saya nak kongsi sikit software yg dah lama dah sy jumpa tapi bru nak post kat sini...hehehehe

perisian PREY : Open Source Anti-Theft Solution For MAC, PCs, and Phones.Perisian ini bersaiz kecil, namun sangat menakjubkan kerana ia sememangnya berkesan untuk membantu pengguna mendapatkan kembali komputer atau telefon bimbit (handphone) yang telah dicuri.. :)



Prey ialah sebuah perisian yang perlu dipasang (install) pada PC atau handphone, yang akan 'menanti' isyarat dihantar kepadanya untuk diaktifkan..signal ini akan dihantar sama ada melalui internet (e-mel) atau mesej pada SMS..ia membenarkan anda mendapatkan informasi mengenai lokasi, keadaan dan kedudukan semasa di mana alat (komputer, handphone) anda berada..ia juga akan menunjukkan siapa yang sedang menggunakan komputer anda, dan apa yang sedang dilakukan olehnya..

Dengan menandakan alat anda dengan status 'Hilang' (Missing), Prey akan mengumpulkan kesemua bukti yang diminta, dan menghantarnya terus kepada akaun Control Panel atau Inbox E-mel anda, bergantung kepada tetapan yang telah dipilih..

Selain itu, anda juga boleh membuat sesuatu perkara secara 'Remote' (dari jauh), seperti menghidupkan bunyi alarm yang kuat, atau menunjukkan mesej yang akan terpapar pada skrin, sekiranya anda mahu pencuri itu tahu anda sedang melihat perbuatannya, atau tahu di mana dia berada, atau ingin pencuri itu menyerahkan kembali komputer anda..

Anda boleh 'membersihkan' kata laluan yang tersimpan di PC, atau menguncinya dari sebarang akses, pendek kata segalanya di tangan anda, ikut kemahuan anda! 


 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian ini,
anda boleh melayari laman web rasminya di sini ---> Prey Project 


nak download video bole guna IDM






rujukan dari Mr Hac






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...